Scrub Muka Jari
- zamieqa
- Mar 3, 2017
- 1 min read

Sebelum anda mengetahui kelebihan scrub, ada baiknya terlebih dahulu kita mengetahui apa sebenarnya scrub wajah? Scrub wajah merupakan produk pengelupasan yang dicipta khusus untuk wajah. Kulit pada wajah lebih lembut dan sensitif berbanding kulit di bahagian lain. Oleh sebab itu wajah perlu dijaga dan diberi perhatian. Salah satunya menggunakan scrub. Terdapat beberapa sebab mengapa perlu menggunakan scrub wajah. Scrub berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati, meremajakan kulit serta menjadikan kulit wajah sentiasa bersih dan sihat. Apabila kerap menggunakannya, kulit menjadi lebih licin dan cerah, namun mestilah dengan pemakaian yang betul (sekurang-kurangnya 2 kali seminggu). Banyak juga scrub wajah yang mengandungi pelembap, jadi ia mampu melembapkan kulit ketika sel-sel kulit mati ditanggalkan.
Comments